Rabu, 1 Mei 2013

Husam Rasuah Pengundi Putrajaya?? "Duit Saya Ambil Undi Barisan Nasional" @Tengkuadnanreal @Tunfaisal @Najibrazak




Banyak tu Husam rasuah pengundi Putrajaya RM 250.00 tapi ternyata pengundi Putrajaya bijak "Husam bagi duit aku ambil tapi aku akan tetap sokong dan undi Tengku Adnan PRU 13 nanti" kata salah seorang penduduk Putrajaya yang telah mendapat habuan dari Husam.

Dan salah seorang penduduk Putrajaya yang tidak mahu dikenali telah membuat report polis mengatakan Husam telah memberi RM 250.00 untuk membeli undi penduduk Putrajaya malah Penduduk Putrajaya itu akan tetap memberi sokongan kepada Dato Tengku Adnan dan Barisan Nasional.


Ahad, 31 Mac 2013

PR Akan Membuat Huru Hara Di Masa Pengundian #PRU13 Di Jalankan

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pihak keselamatan sedang memantau dan membuat persediaan rapi bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk cubaan pihak tertentu untuk mencetuskan huru-hara semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Sambil menekankan kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang cuba menimbulkan ketegangan, katanya beliau sudah berbincang dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berhubung perkara itu.

"Malah ketua polis negeri sudah dipanggil untuk memastikan ia (sekiranya huru-hara berlaku) dapat ditangani dengan baik. "Apa yang penting ialah kita membuat persediaan rapi bagi memastikan proses pilihan raya berjalan lancar," katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini, hari ini.

Beliau dalam rangka lawatan dua hari ke pantai timur Sabah termasuk Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan.

Hishammuddin berkata demikian ketika mengulas pendedahan yang dibuat
Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) Datuk Adiwijaya Abdullah berhubung perkara itu di Kuala Lumpur semalam.
Adiwijaya dipetik sebagai berkata, bahawa parti pembangkang dikesan cuba mencetuskan suasana huru-hara ketika pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dengan tersebarnya risalah mengandungi cara untuk mewujudkan ketegangan di pusat mengundi di kawasan tertentu.

Menurut risalah itu, sasaran kekecohan ialah di kawasan Parlimen Gombak, Lembah Pantai, Permatang Pauh, Setiawangsa, Wangsa Maju, Bagan Serai, Bukit Katil, Muar, Pandan dan Sabak Bernam.

Adiwijaya juga dipetik sebagai berkata, bahawa risalah itu didakwa menyebut saranan mewujudkan kekecohan di pusat mengundi dan mewujudkan twitter khas memperlekehkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Hishammuddin berkata, pemantauan itu bukan hanya ditumpukan ke 10 kawasan Parlimen tersebut tetapi dibuat di seluruh negara.

"Kita mahu menentukan pilihan raya yang adil dan bebas di negara kita. Kita tidak mahu ada pihak yang cuba menimbulkan huru-hara. Kita mesti pertahankan sistem demokrasi yang kita amalkan selama ini," katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan akan timbul masalah semasa pilihan raya umum, khususnya di Sabah berikutan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Hishammuddin berkata pencerobohan itu tidak akan menjejaskan perjalanan pilihan raya yang bakal diadakan tidak lama lagi.

"Memanglah pada peringkat awal ada pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menyebarkan khabar angin yang sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan rakyat Sabah namun keadaan bertambah baik," katanya.

Hishammuddin berkata, secara keseluruhannya keadaan di Sabah adalah tenang, selamat dan terkawal.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isnin, 18 Mac 2013

KEHANCURAN PKR DI BAGAN SERAI SEBAB ANWAR IBRAHIM @ZambryAbdKadir @azwanbro @tunfaisal @hairul_own @Muaamarghadafi

Dari Blog: sangkakalajari9.blogspot.com

Sangkakala dapat gambar ni daripada laman facebook seorang rakan, dan yang sebenarnya Sangkakala juga berada dalam program ceramah yang diadakan pada malam tersbut.

Setelah Anwar Ibrahim mengumukan calon parlimen pada malam itu memang Sangkakala ada dengar rungutan dari beberapa ahli PAS yang berada di hadapan pentas pada ketika itu.

Mereka seolah olah amat kesal dan kecewa dengan apa yang berlaku kerana 2 hari sebelum pengumuman tersebut, PAS telah menetapkan bahawa meraka akan meletakkan calon ahli parlimen dari pakatan pembangkang diwakili oleh ahli PAS kawasan tersebut.

Walaupun ketetapan itu sudah dibuat memandangkan majoriti ahli pembangkang Bagan Serai terdiri dari ahli PAS, namun ianya seperti tidak diendahkan oleh Anwar yang terus meletakkan calon PKR di Bagan Serai.

Apakah Anwar tidak langsung bertanya kepada ahli dibawah tentang siapa yang mereka mahu mewakili mereka dalam pilihanraya akan datang?

Dalam ucapan yang dibuat oleh Anwar semasa berucap dihadapan penyokong mereka, beliau ada mengatakan bahawa keutamaan akan diberi kepada rakyat apabila mereka memerintah, namun adakah itu akan terjadi?

Sedangkan kehendak ahli mereka sendiri Anwar abaikan, inikan pula kehendak rakyat, mampukah Anwar meletakkan orang lain selain dari profesor pencen ini untuk menggantikannya.

Anwar kini sudah pandai menggunakan kuasa VITO beliau untuk menetukan sesuatu, dan perlu diingat sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri, adakah suara rakyat dibwah akan didengari?

Itu semua adalah tanda bahawa Anwar bukanlah calon yang sesuai untuk diangkat menjadi pemimpin dalam sebuah negarayang sedang menuju kearah negara maju seperti Malaysia.

Jika beliau terus menggunakan kuasa VITO yang ada jika menjadi Perdana Menteri, apa pula nasib rakyat bawahan jika suara mereka langsung tidak didengari apatah lagi untuk menyuarakan pendapat sudah pasti tidak akan diberikan lagi.

http://4.bp.blogspot.com/-uHlMy5CFl-A/UUYChddVjNI/AAAAAAAAKkU/CbpafCQ18wc/s1600/pkr.jpg

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sabtu, 16 Mac 2013

KSN @AliHamsa55 Harus Ambil Tindakan Kepada Pegawai Kerajaan Menghina Pegawai Keselamatan Yang Terkorban Di Lahad Datu @NajibRazak @tunfaisal

Tindakan tatatertib akan diambil serta-merta terhadap penjawat awam yang menghina pasukan keselamatan terlibat dalam Operasi Daulat membanteras penceroboh militan dari selatan Filipina.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana penjawat awam yang menghina pasukan keselamatan kerana kejadian pencerobohan itu benar dan ada anggota pasukan keselamatan yang terkorban mempertahankan negara.

Beliau berkata tidak semua penjawat awam memberikan komen yang tidak bertanggungjawab, sebaliknya hanya segelintir yang membuat komen negatif terhadap insiden pencerobohan militan itu.

"Jika kami mendapat bukti mana-mana penjawat awam terlibat, tindakan akan diambil serta-merta," katanya kepada pemberita dalam lawatannya ke markas operasi pasukan keselamatan di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Ali berkata demikian apabila diminta mengulas tindakan segelintir penjawat awam yang menghina pasukan keselamatan yang sedang berjuang menentang pengganas Sulu di Lahad Datu melalui media sosial Facebook, Twitter dan blog

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Anwar Liwat Blogger Pakatan Semua Para Blogger Pakatan Lari Tak Cukup Tanah






Macam nii kah Puak Pakatan sanjung dan kagumi apabila gambar gambar anwar mula tersAnu-gerah tuhan Anwar rahim untuk di jadikan Perdana Menteri Malaysia gambar liwat anwar mula tersebar di merata rata blogger Pro BN 

Khamis, 14 Mac 2013

Khalid IbrahimTertekan Apabila TPM Yakin BN Kembali Memerintah Negeri Selangor

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan rancangan pakatan pembangkang untuk menggagalkan pilihan raya umum ke-13 akan datang dengan mewujudkan keadaan porak-peranda di negara ini.

Beliau berkata daripada maklumat beberapa dokumen yang boleh dipercayai, pembangkang dipercayai merancang untuk berbuat demikian kerana gementar dengan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) yang sudah mula meningkat.

"Macam (penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri) Anwar Ibrahim sebut, kalau dalam pilihan raya ini dia kalah maka tentulah kekalahan itu (mengikut dakwaannya) disebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) buat kerja kotor, tipu rakyat.

"Bila dia menang, dia tak pernah kata SPR tipu rakyat, tapi bila nak kalah,nnampak-nampak nak tumbang dan impian untuk jadi perdana menteri tak akan menjadi, maka dia dah mula buat telahan," katanya ketika berucap pada majlis sepetang bersama masyarakat di kawasan Parlimen Hulu Selangor, di Bandar Bukit Sentosa dekat sini.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar, Anggota Parlimen Hulu Selangor P.Kamalanathan dan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Tan Sri Syed Hamid Albar.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sabtu, 2 Mac 2013

Baru Dapat RM15.00 Bising PAKATAN RAKYAT Bagi Mat Rempit RM250.00 Bawa China Doll Lagi

Barisan Nasional bagi RM 15.00 jee kalau kat Pakatan Rakyat bagi duit lagi banyak mat rempit jee dapat RM 250.00

 

Setakat RM15.00 apa ada kisah Pakatan Rakyat boleh bagi budak mat Rempit pun dapat RM 250.00 untuk bawa china doll

Jumaat, 1 Mac 2013

SU Agung BN @tengkuadnanreal Berkata Perang Media Sosial Memainkan Peranan Penting @tunfaisal @najibrazak


Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyangkal dakwaan kononnya sokongan rakyat terutama orang Melayu kepada kerajaan hari ini semakin merosot. 

Katanya kaji selidik oleh Merdeka Center tidak semestinya memberi gambaran yang tepat walaupun kemerosotan itu hanya mencatatkan penurunan dua peratus sahaja daripada 63 peratus melalui kajian yang dibuat pada awal Februari lepas. "Kajian itu tidak semestinya tepat kerana kita mendapat respons yang lain pula.

Kita juga bergantung pada kajian kita dan kita mendapat banyak petunjuk bahawa golongan anak muda sudah mula menyokong kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pra pelancaran Skuad BN sempena program Rakyat Bersatu, Negara Maju di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. Katanya pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat Malaysia termasuk BR1M untuk orang bujang telah menyentuh hati rakyat Malaysia. "Rakyat gembira kerana kerajaan prihatin terhadap mereka," katanya. 

Tengku Adnan berkata pembangkang mempermainkan emosi rakyat dengan menanam kebencian terhadap BN dan dasar kerajaan. "Musuh kerajaan menggunakan pembohongan, fitnah untuk mengelirukan orang ramai dan anak muda, pembangkang sebenarnya sangat bijak bermain dengan psikologi," katanya. Beliau berkata sebetulnya, rakyat dikelirukan oleh pembangkang yang memberi gambaran bahawa golongan muda tidak menyokong kerajaan. 

Beliau juga menyelar tanggapan bahawa 'perang media sosial' sebenarnya dimenangi pembangkang yang dikatakan mempunyai lebih banyak laman blog berbanding blog atau laman Facebook yang mempertahankan kerajaan. "Sebenarnya dalam dunia maya, terdapat banyak laman sosial yang mempertahankan kerajaan dan menjawab tuduhan dan fitnah pembangkang tetapi kita ini tetap mencari laman pembangkang kerana semata-mata memenuhi tuntutan emosi kita," katanya. 

Jumaat, 22 Februari 2013

BN Wajar Beri Penghargaan Kepada Pejuang Media Baru PRO-BN @tunfaisal @najibrazak


Artikal dari Blog http://tunfaisal.blogspot.com/


Pemimpin BN, khususnya UMNO seharusnya memberikan penghargaan yang lebih baik terhadap para blogger dan cybertroopers pro-BN di seluruh negara. Mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya, yang memberi maksud memperlekeh dan memperkecilkan apa yang mereka telah lakukan selama ini untuk UMNO dan BN adalah TIDAK WAJAR sama sekali. Koordinasi penting. 

Kita sambut baik arahan koordinasi. Malah sejak dulu lagi, bagi sesiapa yang pernah berbincang dengan saya, saya pernah tunjukkan strata komunikasi siber dan cadangan untuk mengkoordinasikannya. Tapi jangan bercakap seolah-olah tidak ada koordinasi sama sekali di kalangan bloggers dan cybertroopers pro-BN. 

Sejak Pilihan Raya Kecil Manek Urai, koordinasi untuk memenangi perang persepsi telah dilaksanakan di kalangan blogger dan cybertroopers pro-BN, sehinggalah Pilihan Raya Negeri Sarawak dan peristiwa-peristiwa seperti Bersih, 901, Ambang Merdeka, Tweet Merdeka - semuanya memerlukan koordinasi. 

Isnin, 28 Januari 2013

Lawatilah Laman Ini


Salam pejuang pejuang cybertooper mohon link blog saya dalam blog tuan