Sabtu, 2 Mac 2013

Baru Dapat RM15.00 Bising PAKATAN RAKYAT Bagi Mat Rempit RM250.00 Bawa China Doll Lagi

Barisan Nasional bagi RM 15.00 jee kalau kat Pakatan Rakyat bagi duit lagi banyak mat rempit jee dapat RM 250.00

 

Setakat RM15.00 apa ada kisah Pakatan Rakyat boleh bagi budak mat Rempit pun dapat RM 250.00 untuk bawa china doll

Jumaat, 1 Mac 2013

SU Agung BN @tengkuadnanreal Berkata Perang Media Sosial Memainkan Peranan Penting @tunfaisal @najibrazak


Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyangkal dakwaan kononnya sokongan rakyat terutama orang Melayu kepada kerajaan hari ini semakin merosot. 

Katanya kaji selidik oleh Merdeka Center tidak semestinya memberi gambaran yang tepat walaupun kemerosotan itu hanya mencatatkan penurunan dua peratus sahaja daripada 63 peratus melalui kajian yang dibuat pada awal Februari lepas. "Kajian itu tidak semestinya tepat kerana kita mendapat respons yang lain pula.

Kita juga bergantung pada kajian kita dan kita mendapat banyak petunjuk bahawa golongan anak muda sudah mula menyokong kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pra pelancaran Skuad BN sempena program Rakyat Bersatu, Negara Maju di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. Katanya pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat Malaysia termasuk BR1M untuk orang bujang telah menyentuh hati rakyat Malaysia. "Rakyat gembira kerana kerajaan prihatin terhadap mereka," katanya. 

Tengku Adnan berkata pembangkang mempermainkan emosi rakyat dengan menanam kebencian terhadap BN dan dasar kerajaan. "Musuh kerajaan menggunakan pembohongan, fitnah untuk mengelirukan orang ramai dan anak muda, pembangkang sebenarnya sangat bijak bermain dengan psikologi," katanya. Beliau berkata sebetulnya, rakyat dikelirukan oleh pembangkang yang memberi gambaran bahawa golongan muda tidak menyokong kerajaan. 

Beliau juga menyelar tanggapan bahawa 'perang media sosial' sebenarnya dimenangi pembangkang yang dikatakan mempunyai lebih banyak laman blog berbanding blog atau laman Facebook yang mempertahankan kerajaan. "Sebenarnya dalam dunia maya, terdapat banyak laman sosial yang mempertahankan kerajaan dan menjawab tuduhan dan fitnah pembangkang tetapi kita ini tetap mencari laman pembangkang kerana semata-mata memenuhi tuntutan emosi kita," katanya.